Teknologi Baru KFC Cadangkan Hidangan Berdasarkan Muka Pelanggan

KFC adalah nama yang tidak asing lagi apabila bercakap tentang penjualan ayam goreng tetapi teknologi yang boleh mengesyorkan hidangan berdasarkan muka pelanggan - yang kini sedang diusahakan oleh KFC bahagian China - adalah sesuatu yang pelik.

Menurut laporan, teknologi terbabit merupakan satu kerjasama antara KFC negara itu dengan syarikat Baidu bagi mencipta restoran pintar.

Spesifiknya, kiosk mengambil pesanan akan dikuasakan oleh sistem komputer visi Baidu, yang akan mengesan umur, jantina serta ekspressi muka pelanggan bagi meneka hidangan mana yang paling sesuai dengan mood pelanggan ketika itu.

Bagaimanapun, tekaan hidangan ini hanyalah sebagai cadangan dan sekiranya pelanggan itu adalah pelanggan tetap, kiosk terbabit akan mengingati hidangan yang pernah dipesan sebelum ini.

Buat masa sekarang, kiosk terbabit hanya dijalankan di sebuah restoran pintar yang terletak di Beijing.

Sumber: Engadget