Pernahkah anda risau tentang bateri peranti anda setiap kali anda keluar dari rumah? Kamera, telefon pintar, jam pintar, dan laptop, kini peminat tegar teknologi sering menghadapi masalah bateri dimana mereka terpaksan mengecas peranti mereka tiga atau empat kali sehari, atau mungkin lebih.
Masalah utama dalam hal bateri ini ialah anda terpaksa menunggu di sebelah sementara peranti anda di cas dan tiada cara untuk anda memindahkan kuasa bateri peranti anda ke peranti yang lain. Pengkaji dari University of Massachusetts Amherst telah datang dengan satu idea untuk menyelesaikan masalah ini.
Mereka telah mencipta satu sistem yang berupaya untuk memindahkan kuasa bateri dari peranti ke peranti yang lain yang di beri nama 'Bradio' iaitu Braid of Radios dan juga mampu memanjangkan hayat bateri sebanyak 100 kali.
Bagaimana Ia Berfungsi?
Semasa persidangan Association for Computing Mchinery's (SIGCOMM) di Brazil, pasukan dari universiti tersebut mempersembahkan projek Bradio mereka. Ianya seperti Bluetooth cuma peranti yang menerima kuasa dari peranti lain mengunakan tenaga untuk menerima data dari peranti yang memberi. Ianya seperti cip RFID.
Sebagai contoh apabila jam pintar mahu menghantar data kepada telefon pintar anda, telefon pintar tersebut yang perlu menjalankan hampir kesemua kerja untuk menerima data berbanding jam pintar.
Kecil Dan Ringan
Sistem ini di bina untuk situasi dimana bateri peranti sedang rendah, membenarkan ianya beroperasi seperti sistem bluetooth. Dengan beberapa penambahbaikkan terhadapat rekaan 'Bradio', mereka yakin ianya dapat di dilaksanakan. Rekaan yang kecil dan ringan seperti powerbank dapat membantu pengguna untuk senang dibawa
Berkaitan
- Spesifikasi Penuh Siri Samsung Galaxy S10 Didakwa Tertiris
- Dapatkan Potongan 10% Dari Pembelian Koleksi Ekosistem Xiaomi Di Shopee
- Kemaskini Terbaru iOS 12.1.4 & macOS Mojave 10.14.3 Sedia Untuk Dimuat Turun, Selesaikan Masalah Pepijat FaceTime
- Kualiti Kamera DSLR Pada Telefon Pintar Menjelang Tahun Hadapan
- Rekaan 3D Google Pixel 3 Lite & Pixel 3 Lite XL Beri Gambaran Ketiadaan Takuk
- Video Trailer Pertama Filem Pokémon Detective Pikachu Dipertonton, Bakal Ke Panggung Pada Mei 2019
- nubia Red Magic 3 Dijangka Tampil Dengan Snapdragon 855, Bateri 5000mAh
- Facebook Akhirnya Tampilkan Aplikasi Events Untuk Android
- Samsung Membayangkan Harga Telefon Boleh Lipat Mereka Tidak Mesra-Poket
- Huawei Mate 20X - Besar Gila