Teknologi AR Pada YouTube Bolehkan Pengguna Cuba Produk Secara Maya

Pengiklanan sesuatu produk di YouTube bakal diberi sentuhan baru melalui penggunaan teknologi AR. Jika anda penggemar barangan solek, ini mungkin berita baik bagi anda dimana Google baru-baru ini telah membangunkan ciri Augmented Reality (AR)  pada platform YouTube dikenali sebagai AR Beauty Try-On,

AR Beauty Try-On membolehkan pengguna YouTube mencuba alat solek seperti gincu secara maya dan teknologi yang dibangunkan ini, menawarkan "sampel produk" yang realistic serta disesuaikan pada pelbagai tona kulit.



Ciri terbaru ini masih lagi dalam proses ujian bersama Famebit, sebuah platform kandungan jenama dari Google dan bekerjasama dengan M.A.C Cosmetics. Pelancarannya dijangka berlangsung sekitar musim panas ini.

Selain itu, dalam mengembangkan lagi teknologi AR ini, pihak Google melancarkan satu format iklan yang menggunakan teknologi AR.



Format iklan terbaru itu membolehkan pengguna menonton paparan berformat 360 dengan menggerakkan, memusing, zum masuk atau keluar dan memainkan animasi bagi sesuatu produk iklan.

Bagi format yang lain yang turut menggunakan ciri video 360, kini syarikat atau pengusaha barangan kosmetik yang ingin mempromosi produk mereka dapat meletakkan sesi video siaran langsung mereka pada iklan supaya dapat tarik lebih perhatian dengan mengiklankannya.

Sumber: Blog Google 12