Tecnomar - Kapal Layar Mewah Pertama Jenama Lamborghini

Pengeluar kereta super dari Itali, Lamborghini, bekerjasama dengan The Italian Sea Group untuk mengeluarkan kapal layar super berkuasa kuda 4,000. Kapal layar ini dinamakan Tecnomar for Lamborghini 63 sempena pelancaran jenama itu pada tahun 1963.

Kapal layar mewah ini diinspirasikan dari pelbagai kenderaan Lamborghini, terutama Sián FKP 37. Dengan kelajuan dan kejuruteraan ringan di bahagian hadapan, Tecnomar for Lamborghini 63 mempunyai dua enjin MAN V12-2000 hp, yang membolehkan kapal tersebut mencapai kelajuan tertinggi 60 batu nautikal, atau kira-kira 69 batu sejam.


Lamborghini dan The Italian Sea Group merujuk Miura dan Countach pada tahun 60-an dan 70-an dalam reka bentuk luaran Tecnomar yang baru, sementara bahagian hardtop pula diilhamkan oleh roadster Lamborghini. Lampu isyarat, khususnya, berasal dari Terzo Millennio dan Sián FKP 37, keduanya terkenal dengan lampu depan berbentuk Y.


Sebilangan besar bahagian dalam superyacht ini dapat diubah suaikan, membolehkan pelanggan memilih warna dan bahan melalui program Ad Personam Lamborghini. Reka bentuk kokpit juga diambil dari kereta sport Lamborghini, lengkap dengan perincian karbon untuk disesuaikan dengan tempat duduk kulit karbon.

[embed]https://youtu.be/eY4BGylYrAY[/embed]

Di samping mengekalkan warisan jenama serta menandakan Lamborghini pada tahun 1963, hanya 63 unit yang dijadualkan untuk dibuat. Namun, masih belum ada kepastian tentang harga permulaan Tecnomar.

Superyacht Tecnomar ini khabarnya akan dilancarkan pada awal tahun 2021.

Sumber: Arab News