Tebus TV Samsung UHD 50' Secara Percuma Dengan Pembelian Samsung Galaxy Note 20

Siri Samsung Galaxy Note 20 akan mula ditawarkan di Malaysia bermula 21 Ogos ini. Sempena itu, Samsung Malaysia menawarkan promosi dimana pembelian siri Samsung Galaxy Note 20 boleh menebus Samsung 50″ UHD Smart TV yang bernilai RM2599 secara percuma.

hadiah percuma galaxy note 20

Bagi mendapatkan televisyen ini secara percuma, anda perlu menjadi antara 1200 pelanggan terawal yang membuat penebusan bermula 10 malam pada 23 Ogos 2020 hingga 27 Ogos 2020.

Berdasarkan syarat yang tertera di laman web, penebusan Samsung 50″ UHD Smart TV hanya layak bagi pembelian Samsung Galaxy Note20, Galaxy Note20 5G atau Galaxy Note20 Ultra 5G. Pendaftaran akaun Samsung juga perlu dilakukan terlebih dahulu untuk maklumat dan pengesahan penebusan.

Dalam pada itu, Samsung turut menawarkan hadiah percuma seperti UV Sterilizer dan Wireless Charger yang bernilai RM508 bagi setiap pembelian mana-mana produk dari siri Samsung Galaxy Note20.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran ini, layari laman web Samsung Malaysia.