Tebus Rebat Dari Celcom Sehingga RM360 Dan Nikmati Telefon Percuma

Satu lagi Penyedia Perkhidmatan Telekomunikasi yang mengambil bahagian dalam inisiatif Program Jaringan Prihatin bagi membolehkan rakyat Malaysia yang layak menikmati subsidi telekomunikasi untuk pelan internet atau peranti 4G adalah Celcom.

Tawaran Jaringan Prihatin yang disasarkan bagi kelompok B40 untuk golongan individu sebanyak RM180 atau isi rumah sebanyak RM300 ini ditawarkan kepada pelanggan Prabayar dan Pascabayar.

Rebat Kredit Prabayar Celcom RM180


Pelanggan Celcom menebus  pas Internet bulanan terpilih & nikmati rebat sebanyak RM15 x 12 bulan.

Untuk prabayar Celcom, ia ditawarkan pada 5 pelan iaitu GB TANPA HAD, 5GB, 10GB, 15GB dan CELCOM JUST 4ME.



Bagi menebus kredit RM15 ini, pelanggan Celcom boleh melalui aplikasi Celcom Life. Anda hanya perlu tebus sekali dan kemudian ia akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun masing-masing. Seterusnya, langgan untuk pas bulanan (12 bulan) melalui aplikasi Celcom Life.

 

Kapsyen: Anda juga boleh menebus 2GB Internet harian, setiap hari selama 1 tahun melalui aplikasi Celcom Life

Rebat Kredit Pascabayar Celcom RM240 Sehingga RM360


Untuk pelanggan pascabayar Celcom pula, anda boleh melayari Facebook, Instagram, Youtube, WhatsApp dan Wechat tanpa had sepuas-puasnya.

Malah anda juga boleh dapatkan telefon percuma dengan pelan XP Lite™ pada harga serendah RM38/bulan dan  Internet Pantas 60GB secara percuma.

Tidak setakat itu, Celcom turut menawarkan Rebat tambahan RM60 dengan XP Lite™.

Menjadikan jumlah rebat keseluruhan yang diperolehi  adalah sebanyak RM360.00.

Berikut adalah jenis penebusan dan subsidi tambahan yang ditawarkan kepada para pelanggan Celcom pascabayar XP Lite™ mengikut kategori:-



Rebat pelan sehingga RM240 tersedia untuk XP Lite™ Pas L + Pas M adalah seperti berikut:-

Kapsyen: Rebat tambahan tidak ditawarkan pada pelan XP Lite™ 1GB.


Bagi tawaran rebat pelan atau rebat telefon sehingga RM360 untuk Isi Rumah B40 pula (RM300 + rebat RM60 + 60GB internet percuma) dengan pelan XP Lite™ + Pas L, ia ditawarkan menerusi telefon pintar berikut:-

  1. Nokia C2

  2. Samsung Galaxy A02 32GB

  3. OPPO A15 32GB

  4. realme C11 2021 32GB

  5. Xiaomi Redmi 9T 64GB (rebat telefon)

  6. OPPO A54 6GB (rebat telefon)

  7. vivo Y20 2021 (rebat telefon)


Berikut pula adalah tawaran rebat pelan atau rebat telefon Celcom sehingga RM240 dengan XP Lite™ + Pas L untuk individu B40 (RM180 + rebat RM60 + 60GB internet percuma) yang ditawarkan menerusi telefon pintar berikut:-

  1. Nokia C2

  2. Samsung Galaxy A02 32GB

  3. realme C11 2021 32GB

  4. OPPO A15 32GB

  5. Xiaomi Redmi 9T 64GB (rebat telefon)

  6. OPPO A54 6GB (rebat telefon)

  7. vivo Y20 2021 (rebat telefon)


Seterusnya adalah telefon percuma dengan XP Lite™ + Pas M untuk semua B40 (termasuk 60GB Internet percuma):-

  1. Nokia C2

  2. Samsung Galaxy A02 32GB

  3. vivo Y1s

  4. OPPO A15 32GB


Bagi lebih memahami tentang inisiatif Program Jaringan Prihatin Celcom ini, anda boleh layari laman rasmi Celcom Jaringan Prihatin.

Atau anda kunjungi pusat perkhidmatan Celcom berdekatan anda bagi mendapatkan penjelasan lebh lanjut berkaitan program ini.

Berkaitan