Tayangan The Punisher, Jessica Jones Di Netflix Sah Dihentikan

Siri The Punisher dan Jessica Jones menjadi dua produk Marvel terakhir yang ditayangkan di Netflix.

Bagi The Punisher, musim ketiga siri tersebut tidak akan disiarkan di laman penstriman terkemuka tersebut.

Kapsyen: Ars Technica


Manakala untuk siri Jessica Jones pula, musim ketiganya yang akan mula ditayangkan tidak lama lagi bakal menjadi musim terakhirnya di Netflix.

Selepas ini, tiada lagi siri-siri Marvel yang akan disiarkan di Netflix berikutan pelancaran perkhidmatan penstriman Disney+ tidak lama lagi.

Antara siri atau produk keluaran Marvel lain yang pernah ditayangkan di Netflix sebelum ini ialah The Defenders, Iron Fist, Luke Cage dan Daredevil.

 

Sumber: The Verge

Berkaitan