Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Disney Menangguhkan Tayangan Filem Thor Terbaru Di Malaysia

Disney Menangguhkan Tayangan Filem Thor Terbaru Di Malaysia

Diterbitkan Julai 1, 2022 ยท Dikemas kini Julai 1, 2022 oleh ariff bukhari

Berita kurang baik kepada para peminat filem Marvel khususnya filem terbaru yang akan ditayangkan tidak lama lagi iaitu Thor: Love And Thunder.

Ini kerana pihak pempamer iaitu GSC memaklumkan bahawa filem Thor: Love And Thunder yang sepatutnya akan mula dijadualkan ditayang di Malaysia pada 7 Julai 2022, Khamis telah ditangguhkan tayangannya kepada 21 Julai 2022.

Penangguhan itu dibuat oleh pihak Disney sendiri.

Thor GSV

Ekoran itu GSC memaklumkan kepada para pelanggan mereka yang telah membeli lebih awal tiket bagi tayangan filem tersebut akan dikembalikan wang mereka.

Bagi mereka yang membeli tiket secara atas talian pula, wang akan dikembalikan dalam tempoh 14 hari waktu bekerja.

Manakala bagi pelanggan yang membeli tiket terus dari kaunter atau e-kiosk, anda perlu membuat tuntutan pengembalian wang melalui kaunter dari sinema yang anda beli tiket tersebut.

Pihak GSC juga menyatakan mereka memohon maaf atas kesulitan ini.

Setakat ini, hanya pihak GSC sahaja yang memberitahu penangguhan tayangan filem Thor ini. Tiada sebarang pemakluman dari pempamer lain seperti TGV dan Dadi Cinema setakat ini.

Sumber: GSC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY