Tawaran Lebih Dari RM 800,000 Untuk Penggodam Mencari Pepijat Yang Menjejaskan Peranti Telefon Pintar

Tawaran itu dibuat oleh Samsung dalam mencari kelembahan yang boleh menyerang peranti mobil mereka. Gergasi Korea Selatan itu melancarkan program tawaran pepijat itu kepada sesiapa yang dapat mengenal pasti pepijat yang bukan sahaja menjejaskan peranti mobil mereka tetapi termasuk juga dalam sistem servis mereka seperti Bixby, Samsung Pay, Samsung Account, Samsung Pass dan lain-lain.

Program tawaran keselamatan mobil itu akan meliputi 38 peranti Sasmung termasuk Galaxy S, Galaxy Note, Galaxy A, Galaxy J dan Galaxy Tab. Ini merupakan salah satu komitmen Samsung dalam melindungi keselamatan data dan maklumat pengguna mereka.

Program tawaran seperti ini menjadi satu perkara biasa antara syarikat teknologi untuk beberapa tahun ini. Dengan kekerapan serangan siber yang semakin meningkat, syarikat seperti Google, Apple dan Facebook telah melakukan program pengesanan pepijat tahunan dan menggalakkan komuniti seluruh dunia dalam mencari kelemahan dalam sistem mereka.

Sumber