Tawaran Internet Jalur Lebar 10Gbps Guna Infrastruktrur TNB Adalah Palsu

TNB sudah sedia menawarkan perkhidmatan jalur lebar internet yang juga merupakan salah satu projek rintis NFCP.

Menerusi infrastruktur TNB, kelajuan jalur lebar yang disediakan mampu mencecah 1Gbps. Namun begitu, terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab mempromosikan internet jalur lebar 10Gbps dengan harga bulanan RM599.

Bukan sahaja mempromosikan internet "10Gbps" malah itu turut mengaitkan TNB dengan menyatakan perkhidmatan itu menggunakan infrastruktur syarikat pembekal terbabit.

Menerusi pengumuman di Facebook, TNB menasihatkan pengguna agar tidak terpedaya dengan tawaran itu dan mengingatkan supaya pengguna tidak berkongsi sebarang maklumat peribadi kepada pihak yang menghantar mesej berkenaan.