Rekaan Miniatur Menggunakan Pelitup Muka Dan Tisu Tandas

Tatsuya Tanaka adalah seorang jurugambar dan juga pakar dalam mengubah objek atau barangan harian kepada rekaan miniatur yang kelihatan begitu nyata sekali. Baru-baru ini, sedang dunia dilanda Covid-19, Tatsuya telah mencipta rekaan miniatur Covid-19 menggunakan pelitup muka, tisu tandas, dan banyak lagi.

rekaan miniatur

Menariknya, hampir setiap hari sejak bulan April 2011, Tatsuya telah mencipta pelbagai dunia miniatur. Ciptaanya termasuklah patung-patung manusia berkualiti tinggi yang dipasangkan dengan objek harian kemudian disusun menjadi pemandangan yang menarik dan kreatif.

Kebanyakan gambar ciptaan beliau akan diselitkan dengan video atau gambar di belakang tabir yang menunjukkan bagaimana rekaan beliau dihasilkan.

Anda boleh lihat satu contoh video penghasilan 'Mask Resort' di bawah:

https://youtu.be/SuWnXYccte4

Lebih mengagumkan lagi, dunia miniatur terbaru Tatsuya juga mengamalkan penjarakan sosial. Hutan brokoli dan carta pai sushi beliau yang lama kini disertai oleh rekaan khemah pelitup muka, lereng ski tisu tandas, dan kolam renang Nintendo Switch yang sangat menarik.

Lihat gambar-gambar di bawah yang menampilkan beberapa dunia miniatur bertemakan Covid-19 ciptaan Tatsuya sejak beberapa bulan kebelakangan ini:



Untuk melihat lebih banyak karya Tatsuya Tanaka, anda boleh layari laman web Miniature Calendar atau mengikuti laman rasmi Instagram beliau sendiri.

Sumber: Design Swan

Baca lagi: Levi’s x Peanuts – Kolaborasi Antara Levi’s Dengan Komik Peanuts

Berkaitan