Tarikh Rasmi iPhone 8, 8 Plus Dijual Di Malaysia

Apple harini mengesahkan yang tarikh 20 Oktober dipilih sebagai hari bermula penjualan iPhone 8 dan 8 Plus di Malaysia. Mengikut laman sesawang rasmi Apple, dua peranti tersebut sudah boleh mula ditempah bermula 13 Oktober ini.

Dan seperti kebiasaan, 4 syarikat utama telekomunikasi di Malaysia akan memperkenalkan pakej iPhone masing-masing dalam masa yang terdekat. Sebelum ini hanya 11Street yang menjadi tempat membuat pra-tempahan untuk peranti terbaru dari Apple Inc. tersebut.

Harga jualan dijangka akan bermula dari RM 3,650 untuk versi 64GB dan RM 4,400 untuk versi 256GB.

Sumber