Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ROG Phone 5 wide

Tarikh Pelancaran Global Asus ROG Phone 5 Diumumkan

Diterbitkan Februari 19, 2021 · Dikemas kini Februari 19, 2021 oleh Amsyar Latif

Setelah banyak desas-desus mengenai telefon gaming diminati ramai ini, akhirnya Asus mengumumkan tarikh pelancaran bagi ROG Phone baharu.

Ura-ura yang  sebelum ini yang mengatakan telefon ROG baharu akan melangkau penamaannya, kini ia rasmi dengan nama ROG Phone 5.

rog phone 5 nama

Ini bermakna, tiada telefon dengan nama ROG Phone 4 yang mana ramai mengetahui bahawa angka ini tidak “Ong”.

Walau apapun, ROG Phone 5 akan dilancarkan lagi 19 hari iaitu pada 10 Mac 2021 jam 7 malam waktu Taipei.

ROG Phone 5 tarikh

Kami menjangkakan telefon gaming Asus ini lebih berkuasa berbanding model terdahulu.

Ini termasuk cip Snapdragon 888, bateri 6000mAh, skrin 6.78 inci OLED, RAM sehingga 16GB dan tiga tetapan kamera.

Antara ciri menarik yang dijangka adalah kehadiran AniME Matrix atau panel skrin kedua pada bahagian belakang.

Malah, telefon Asus ROG Phone 3 sebelum ini juga dipilih menjadi telefon pilihan dan popular dalam kalangan pembaca Wiser.MY.

Screenshot (138)

Sumber: asus rog via xdadevelopers

 

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY