Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Redmi fon gaming

Tarikh Pelancaran Dan Nama Bagi Telefon Gaming Redmi Diumum

Diterbitkan April 20, 2021 oleh Amsyar Latif

Pada awal tahun ini, Redmi mengesahkan yang mana akan memperkenalkan telefon gaming pertama mereka. Setelah berteka-teki sejak beberapa hari yang lalu, akhirnya peranti ini akan diumumkan pada minggu hadapan, iaitu 27 April.

Selain itu, telefon yang mengkhususkan permainan mudah alih ini dinamakan sebagai Redmi K40 Game Enhanced Edition. Seperti namanya, ia akan menawarkan pengalaman bermain game lebih selesa.

Poster teaser Redmi Gaming Fon

Tambahan lagi, peranti ini turut menerima rekaan yang ringan dan nipis. Malah, ia juga menampilkan butang tambahan seperti siri Black Shark 4.

Pada bahagian belakang, terdapat tiga tetapan kamera dan hadapannya pula dilengkapi paparan berlubang yang menempatkan kamera swafoto.

Redmi gaming fon 2

Telefon ini bakal membuatkan para gamer lebih pening untuk memilih peranti gaming kerana dikatakan ia akan menggunakan paparan Samsung AMOLED E4 144Hz.

Dengan cip MediaTek Dimensity 1200, ia pasti dijual dengan tanda harga yang murah. Namun, adakah Redmi akan menggunakan nama yang agak panjang ini untuk pasaran global?

Sumber: MySmartPrice

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY