Pada minggu lalu, Sony telah mengumumkan acara pelancaran PlayStation 5 ditunda. Melalui pengumuman terbaru pada hari ini, acara pelancaran PlayStation 5 dijadualkan semula akan berlangsung pada 11 Jun ini. Ia akan disiarkan secara penstriman langsung melalui Twitch dan Youtube.

Menurut Sid Shuman melalui kiriman blog, acara yang telah dirakam terlebih dahulu itu akan disiarkan pada resolusi 1080p dengan 30fps. Katanya,

“The games you’ll see on Thursday will look even better when you play them on PS5 with a 4K TV, as you’d expect.”

IKLAN

Penonton turut dicadangkan untuk memakai fon kepala untuk mendengar audio dengan lebih baik.

Sebelum ini, acara tersebut dijadualkan berlangsung pada 4 Jun. Namun, ia kemudiannya ditunda pada minggu lalu berikutan kematian George Floyd serta tunjuk perasaan terhadap isu perkauman dan kekejaman polis yang berlaku di Amerika Syarikat dan seluruh dunia.

Selain Sony, beberapa acara turut ditunda pada minggu lalu dengan alasan yang sama. Antaranya termasuk EA Play yang sepatutnya berlangsung pada 11 Jun.

Sumber: Engadget

Beli barangan Playstation dari:

Lazada (https://invol.co/clotu8)

Shopee (https://invol.co/clotu9).