Tapak Kasut Ini Boleh Tukarkan Tendangan Bola Sepak Kepada Ganjaran FIFA Mobile

Google, Adidas, dan EA telah bekerjasama menghasilkan smart insole atau tapak kasut pintar yang boleh disambungkan ke peranti serta menukar tendangan dan pergerakan dalam padang bola kepada ganjaran dalam FIFA Mobile. Smart insole dengan nama Adidas GMR ini dikuasakan oleh teknologi Google Jacquard, dimana sebelum ini hanya tersedia pada jaket Levi's dan bacpack Yves Saint Laurent.

Dijual dengan harga $40 (~RM169), anda akan menerima sepasang insole, tag Jacquard untuk dimasukkan ke salah satu bahagian kasut yang kerap digunakan, dan dummy tag yang akan dimasukkan ke satu bahagian lagi.

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=g6S3gRX7ssE[/embed]

Pada jaket Levi's dan backpack Yves Saint Lauren, Jacquard tag disambungkan pada peranti untuk mengawal panggilan, muzik dan banyak lagi dengan menyentuh bahagian sensitif fabrik. Tag yang didatangkan dengan GMR ini adalah sama seperti jaket dan backpack tersebut, namun dengan fungsi yang berbeza dimana pergerakan fizikal anda semasa bermain bola sepak boleh ditukarkan kepada ganjaran dalam FIFA Mobile.

Adidas GMR

Tag GMR ini akan disambungkan dengan aplikasi Adidas GMR, dan setelah selesai ditetapkan, anda dapat menghubungkannya dengan profil FIFA Mobile. Setelah itu, anda dapat menyertai acara eksklusif dalam FIFA Mobile yang akan menawarkan cabaran dunia-sebenar setiap minggu seperti menendang bola dalam beberapa kali atau berlari dengan jarak yang ditetapkan.

Terdapat juga papan pendahulu (leaderboard) dimana anda boleh melihat kedudukan semasa anda.

Sumber: The Verge