Pada awalnya dia telah membuat laporan berlaku caj transaksi palsu pada kad kredit miliknya dalam bulan Julai lalu apabila caj kad kreditnya sudah berjumlah USD16,293.10.
Walaubagaimanapun, hanya dalam bulan Oktober lalu barulah dia diberitahu bahawa caj kad kredit yang dikenakan itu adalah sah kerana disebabkan oleh aktiviti yang berlaku di dalam Apple App Store.
Berikutan itu, Jessica segera menghubungi Apple bagi mendapatkan jawapan.
Akhirnya dia sedar bahawa caj ke atas kad kredit miliknya disebabkan oleh pembelian barangan untuk aplikasi permainan Sonic Forces selepas terlihat ikon permainan tersebut.
Dari situ dia sedar bahawa aktiviti pembelian itu telah dibuat oleh anaknya bernama George yang berusia 6 tahun.
Susulan itu, Jessica memohon pemulangan wang ke atas transaksi yang berlaku dari Apple. Namun begitu Apple menolaknya atas alasan dia tidak membuat panggilan untuk pemulangan wang dalam tempoh 60 hari selepas dari tarikh pembelian.
“[Apple] said, ‘Tough.’ They told me that, because I didn’t call within 60 days of the charges, that they can’t do anything. The reason I didn’t call within 60 days is because Chase told me it was likely fraud — that PayPal and Apple.com are top fraud charges." Jessica Johnson.
Tidak berasa simpati ke atas insiden berkenaan, pihak servis pelanggan Apple hanya menyatakan kepadanya bahawa 'terdapat tetapan yang sepatutnya dia tahu' bagi mengelakkan insiden tersebut dari berlaku.
“Obviously, if I had known there was a setting for that, I wouldn’t have allowed my 6-year-old to run up nearly $20,000 in charges for virtual gold rings,” Jessica Johnson.
Walaupun Jessica tidak menyalahkan insiden yang berlaku itu ke atas anaknya, tetapi dia menyatakan, "I may have to force this kid to pay me back in 15 years when he gets his first job.”
Sumber: NY Post
Berkaitan
- Google Membuang 7 Aplikasi Dari Play Store Kerana Mengintip Penggunanya
- Penyelidik Menemui Beratus Aplikasi 'Creepware' Dalam Google Play Store
- Akaun Rasmi Twitter Huawei Brazil Digodam - Memaparkan Mesej Jelik Terhadap Apple
- Pembocor Rahsia Produk-Produk Apple Terima Surat Amaran
- Jangan Muat Turun Aplikasi Palsu Samsung Ini Dari Google Play Store
- Aplikasi Ghosty Yang Membolehkan Pengguna Instagram Mengintip Akaun Pengguna Lain Dibuang Dari Play Store
- WhatsApp Perkenal Sejumlah 21 Emoji Baru
- Apple Baik Pulih Isu FaceTime Dengan Kemas Kini Terbaru iOS dan iPadOS 13.4.1
- Hampir 600 Aplikasi Dari Google Play Store Dibuang Kerana Melanggar Polisi Iklan
- Cara Sembunyikan Mesej WhatsApp Supaya Tiada Orang Lain Tahu Kewujudan Perbualan Atau Grup Rahsia WhatsApp Anda