Tanpa Sensor Kamera 1 Inci, Telefon 'Flagship' Ini Masih Ramai Cari

Kebanyakan telefon pintar berkelas andalan atau flagship pada masa kini sudah menawarkan sensor besar, iaitu bersaiz 1 inci.

Mereka menggunakannya adalah untuk mempertingkatkan kualiti gambar baik pada waktu siang mahupun waktu malam.

Namun, ada jenama yang belum mengikut trend sedemikian, iaitu HONOR. Seperti HONOR Magic5 Pro, ia tidak mempunyai sensor kamera 1 inci. Bagaimanapun, kameranya masih lagi mampu menawarkan hasil gambar yang baik.

Buat pengetahuan anda, tidak terhad kepada dua pilihan warna sahaja, HONOR Magic5 Pro juga hadir dengan warna yang menarik, iaitu warna ungu.

Apa-apa pun, telefon ini bukan sahaja memfokuskan kamera semata-mata, ada lagi perkara menarik lain yang meletakkannya peranti 'flagship' penting 2023. Jadi, teruskan membaca.

Tiga Kamera 50MP Yang Pantas




HONOR Magic5 Pro mempunyai tiga kamera belakang yang mana kesemuanya 50MP. Ia merangkumi lebar, ultra lebar serta makro dan juga telefoto.



Ciri menarik padanya adalah motion sensing capture yang mana ia boleh mengambil gambar objek yang bergerak pantas seperti anda sedang berlari atau melompat.

falcon capture magic5

Lebih mudah, anda tidak perlu menekan butang shutter kerana AI padanya akan buat secara automatik apabila ia mengesan aktiviti sedemikian. Malah, gambar diambil pun tidak kabur.



Selain itu, gambar malam pun masih memberikan hasil yang baik. Ia hanya memerlukan masa 1 saat sahaja apabila dalam mod malam. Tidak seperti peranti lain yang mengambil masa lebih lama apabila dalam mod ini.

Skrin Cantik dan Tak Sakit Mata


harga magic5 pro malaysia 36

Telefon ini merupakan antara peranti andalan yang mempunyai skrin yang baik di pasaran. Ia bukan sahaja menawarkan paparan yang jelas serta warna yang cantik tetapi tidak sakit atau memenatkan mata.

Ini kerana HONOR Magic5 Pro dilengkapi PWM Dimming 2160Hz yang mana kelipan (flickering) pada skrinnya amatlah sedikit berbanding peranti lain.

cas laju 66w magic5 pro malaysia

Sukar untuk kita lihat tetapi kesannya memang ada. Ciri Circadian Night Display pun boleh diaktifkan yang mana HONOR meletakkan fungsinya sebagai eye comfort & sleep, iaitu khusus untuk memberikan kualiti tidur anda lebih baik.

Tambahan lagi, skrin HONOR Magic5 Pro turut menerima penarafan TÜV Rheinland yang menjamin cahaya biru dihasilkan peranti tidak membahayakan mata anda.

Bateri Besar, Cas Laju


cas laju magic5 pro malaysia 12

Selain prestasi, pasti ramai pengguna di luar sana mementingkan saiz bateri kerana tidak mahu penat mengusung bank kuasa ke mana-mana.

HONOR Magic5 Pro hadir dengan bateri sebesar 5100mAh di mana mampu bertahan 7-8 jam atau baki kira-kira 20%-30% sekiranya anda menggunakan seharian sehingga malam.

Jangan risau jika bateri sudah berkurang kerana ia disokong pengecasan pantas 66W. Lebih kurang 1 jam sahaja untuk cas penuh.

Telefon Andalan Yang Tak 'Keras' Harga


honor magic5 pro malaysia1

Dengan harga RM4299, HONOR Magic5 Pro menawarkan konfigurasi 12GB RAM serta 512GB storan dalaman. Ia adalah antara termurah pada tahun 2023 dalam peranti kelas andalan.

Tambahan lagi, tidak perlu khuatir soal "ada Google tak?" kerana telefon HONOR sememangnya ada Google, ada Play Store. Anda boleh guna seperti biasa tanpa perlu pening kepala.

Jadi, sekiranya anda tidak mempunyai bajet yang banyak, HONOR Magic5 Pro adalah peranti andalan yang anda cari.

Beli Peranti HONOR di Shopee: https://invl.io/cljnmty

Beli Peranti HONOR di Lazada: https://invol.co/cljnmu2