Tangkapan Gambar Pertama "Black Hole" - Saintis Dari Malaysia Merupakan Salah Seorang Yang Terlibat

Baru-baru ini, dunia digemparkan dengan pendedahan imej pertama "black hole" atau lohong hitam oleh pihak Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).

Tahukah anda, salah seorang saintis yang terlibat dalam penemuan lohong hitam tersebut adalah berasal dari Malaysia? Ya, Dr. Kevin Koay Jun Yi yang berasal dari P.Pinang adalah salah seorang daripada pasukan saintis yang terlibat.

Beliau yang berusia 37 tahun terlibat dalam projek Event Horizon Telescope(EHT) yang membolehkan tangkapan imej pertama lohong hitam tersebut dibuat baru-baru ini.

Kapsyen: Physics Coffee Talk


Dr. Koay mula terbabit selepas menyertai Academia Sinica Institute of Astronomy and Astrophysics (ASIAA) yang berpusat di Taiwan pada tahun 2016 sebagai postdoctoral fellow.

Menurut star2.com, beliau dijemput untuk menyertai pasukan berkenaan berdasarkan latar belakangnya dan pengalaman yang dimiliki dalam bidang radio astronomi.

Dr. Koay juga adalah merupakan salah seorang daripada 20 ahli pasukan yang terawal menyaksikan imej lohong hitam tersebut. Menurutnya, projek ini melibatkan lebih kurang 200 ahli secara keseluruhan di peringkat antarabangsa.

Beliau kini memegang ijazah kedoktoran daripada International Centre for Radio Astronomy Research, Curtin University. Dr.Koay juga adalah merupakan bekas pelajar di MMU, Cyberjaya.

Sumber: Cyberjayacity   star2.com   Channel News Asia