Tangkap Gambar Haiwan Peliharaan Anda Dan Berpeluang Menangi Sebuah honor 10

Anda pengguna telefon pintar honor dan mempunyai haiwan peliharaan kesayangan? Jika ya, maka anda berpeluang untuk memenangi sebuah peranti perdana Honor 10 daripada Honor Malaysia.

Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu tangkap dan muat naik gambar menarik haiwan kesayangan anda di Facebook atau Instagram dengan tanda pagar #Honor10CutestPetContest, #Honor10PetStar dan #Petsmore. 

 

Sebuah Honor 10 menanti untuk dimenangi


Anda juga perlu like atau ikuti dan tag kiriman gambar penyertaan anda bersama @HonorMY di Facebook atau @HonorMalaysia di laman Instagram. Seperti biasa, tetapkan akaun anda kepada public bagi membolehkan pihak Honor melihat dan menilai penyertaan anda.

Selain itu, setiap gambar yang dikirimkan perlulah disertakan dengan tera air bagi membuktikan setiap gambar adalah diambil menggunakan peranti Honor. Ia boleh diaktifkan melalui tetapan pada aplikasi kamera peranti.



Antara hadiah yang boleh dimenangi selain daripada peranti Honor 10 ialah baju T Honor 10, pek makanan haiwan peliharaan, beg serta tripod swafoto. Pemenang utama juga akan membawa pulang trofi serta dianugerahkan gelaran "Honor 10 Pet Star".

Bagi yang berminat, anda boleh menghantar penyertaan anda bermula dari tarikh 20 September hingga 28 Oktober ini. Anda digalakkan untuk menghantar lebih dari satu penyertaan. Pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2018 menerusi laman Facebook dan Instagram Honor Malaysia.

 

Sumber