Tangan Robot ini Dapat Membantu Anda Merasai Objek Di Dalam VR





Peranti VR seperti HTC Vive dan Oculuc Rift membolehkan anda berinteraksi dengan sesuatu objek di dalam VR tersebut. Anda boleh melihat diri anda berada di dalam kawasan atau ruang 'virtual' namun anda tidak mampu untuk menyentuh.



Syarikat dari China yang diberi nama exta Robotics mahu mengubah dunia VR secara menyeluruh dengan mencipta sebuah sarung tangan robot yang diberi nama Dexmo.



Dexmo ini mampu memberi respon kepada tangan anda seperti memegang pistol atau objek di dalam permainan VR. Anda juga mampu merasai sendiri gegaran senapang sambil anda menekan picu dan merasai size dan bentuk sesebuah objek.



Dexmo adalah sebuah peranti wireless dan direka dengan rekaan yang ringan. Ianya tidakkan akan meletihkan tangan anda semasa bermain menggunakan VR. Ianya mempunyai sensor di jari yang disambungkan ke lengan. Ianya seakan tangan robot di dalam filem Termintor.





Dexmo kini sedang berada di fasa design stage dan belum dilancarkan secara rasmi. Sudah tentu para peminat VR tertunggu tunggu untuk mendapatkan Dexmo yang ternyata dapat mengubah dunia VR secara menyeluruh dari segi konsep dan pengalaman menggunakan VR.