Bertujuan mengesan penyakit dari peringkat awal.
Tandas biasa mungkin "boring" bagi anda. Tetapi bagaimana jika tandas tersebut mampu mengenali punggung dan turut menganalisis najis anda?
Ini yang dilakukan oleh sekumpulan saintis dari Universiti Standford yang menjalankan eksperimen tandas dengan ciri pintar.
Ciri pintar yang dimaksudkan di sini adalah tandas itu akan mengambil gambar atau video punggung pengguna dan seterusnya menganalisis najis atau air kencing yang dibuang mereka.
Ia dengan tujuan bagi mengesan penyakit yang ada terhadap penggunanya dari peringkat awal seperti barah, diabetes atau kegagalan fungsi buah pinggang.
"The smart toilet is the perfect way to harness a source of data that's typically ignored, and the user doesn't have to do anything differently." Sanjiv Gambhir, Ketua penyelidik eksperimen tersebut.
Pada dasarnya, ia hanyalah sebuah tandas duduk biasa sahaja. Tetapi saintis memasang tandas tersebut dengan peralatan teknologi khas bagi menganalisis data dari imej punggung dan najis pengguna.
Seramai 21 orang telah terlibat dalam kajian tersebut yang dijalankan dalam tempoh beberapa bulan.
Hasil penyelidikan tersebut yang bertajuk "A mountable toilet system for personalized health monitoring via the analysis of excreta" telah diterbitkan pada 6 April lalu dalam jurnal Nature Biomedical Engineering.
Sumber: Popular Mechanics
Berkaitan
- Telefon Pintar Huawei, Vivo Tag Aplikasi Google Sebagai Trojan
- PineTime, Jam Pintar Dari Pine64 Yang Hanya Akan Dijual Pada Harga USD25
- Bateri Lithium Sulfur Didakwa Akan Membolehkan Peranti Pintar Beroperasi Selama 5 Hari
- heyplus Menghangatkan Lagi Pasaran Jam Pintar Di Malaysia, 3 Model Bakal Di bawa Masuk September Ini
- 12 Pengeluar Telefon Pintar Sah Akan Menggunakan Snapdragon 7 Series Dengan Sambungan 5G
- Ini Senarai Telefon Pintar Yang Masih Belum Sokong Servis 5G Di Malaysia Setakat Ini
- Kereta Pintar Ini Dipandu Oleh Sistem Operasi HarmonyOS Dari Huawei
- Akhirnya Rekod Kelajuan Muat Turun iPhone 14 Pro Max Di Atasi 2 Telefon Pintar Android Ini
- Pengguna Telefon Pintar iPhone Dan Android Dilaporkan Digodam Perisian Intip 'Hermit'
- Unifi Dan RTM Membawa Siaran TM Piala Malaysia Terus Ke Peranti Pintar Anda