Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tandas Lutsinar Di Tokyo Membolehkan Pengguna Melihat Dulu Sama Ada Ia Bersih Atau Kotor Sebelum Memasukinya

Tandas Lutsinar Di Tokyo Membolehkan Pengguna Melihat Dulu Sama Ada Ia Bersih Atau Kotor Sebelum Memasukinya

Diterbitkan Ogos 22, 2020 · Dikemas kini September 27, 2022 oleh ariff bukhari

Negara Jepun yang terkenal dengan kebersihan bandarayanya telah memperkenalkan tandas awam pintar untuk orang awam.

Tandas awam pintar itu dipasang dengan kaca lutsinar yang akan membolehkan pengguna melihat dari luar terlebih dulu kebersihan tandas tersebut.

Tandas yang dipasang oleh DAIWA HOUSE INDUSTRY CO., LTD., dan TOTO LTD. itu merupakan projek Tandas Awam Tokyo yang diusahakan oleh The Nippon Foundation.

Tandas lutsinar itu telah pun mula diletakkan di sekitar kawasan Ebisu Park, Yoyogi Fukamachi Mini Park, Haru-no-Ogawa Community Park, Ebisu East Park dan Ebisu Station sejak awal Ogos ini.

Pemasangan tandas itu juga akan diperluaskan secara berperingkat di sekitar kawasan Nishihara Itchome Park dan Jingu-Dori Park. Setiap tandas itu pula direka oleh pereka yang berbeza.

Tandas pintar itu yang menggunakan kaca pintar akan menjadi lutsinar apabila tiada penggunanya.

Tetapi kaca tersebut akan menjadi kabur apabila pengguna mengunci pintu tandas tersebut.

Konsep tandas lutsinar ini adalah bagi membolehkan pengguna awam memeriksa terselebih dulu dari luar kebersihan tandas tersebut sebelum mula memasukinya.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY