Tanda-Tanda Komputer Anda Telah Dijangkiti Virus

Sedang kita elok melakukan tugasan dikomputer, tiba-tiba skrin komputer menjadi statik, data yang ditaip hilang tanpa dapat dikesan.

Bagaimana perasaan anda?

Adakah ianya kesan daripada serangan virus ataupun masalah perkakasan komputer anda?

Sebagai pengguna komputer, anda seharusnya peka dan mempunyai sedikit sebanyak ilmu tentang komputer.

Cukup sekadar tahu perkara-perkara asas dalam menangani virus, pastinya ia dapat menyelamatkan anda di masa hadapan.

Artikel kali ini membawakan beberapa tanda komputer telah dijangkiti virus.

1. Komputer menjadi perlahan




Ini salah satu tanda paling nyata jika komputer telah dijangkiti virus.

Perisian hasad (malware) akan memperlahankan sistem operasi komputer, kelajuan internet dan kelajuan aplikasi.

Selalunya jika komputer menjadi perlahan, ia mungkin disebabkan oleh perkakasan seperti RAM yang kecil, fragmented system, dan kekurangan ruang memori.

Tetapi... jika perkakasan tiada masalah, sudah pastinya virus sedang menyerang sistem komputer anda.

2.Pop-Up




Sangat menyakitkan hati apabila tanda ini terjadi. Ketika sedang asyik melayari web, tidak semena-mena tetingkap iklan muncul dihadapan skrin.

Pop-up yang tiba-tiba muncul turut menjadi salah satu tanda jangkitan virus pada komputer kerana kebiasaanya ia mengandungi perisian pengintip (spyware).

Bukan sekadar muncul secara banyak dan bertindan, ia turut sukar untuk dibuang dari sistem.

Ini tips mudah bagi mengelak dari terkena perisian pengintip:

  • Jangan tekan apa-apa pautan pada pop-up yang muncul (walaupun ia beritahu komputer anda sedang diserang virus, sebenarnya dialah virus)

  • Jangan jawab/tekan email yang mencurigakan

  • Hati-hati ketika memuat turun aplikasi (cara pantas nak tahu adalah lihat pada saiz aplikasi yang dimuat turun, takkanlah game Battlefield saiz 50kb, betul tak?)


3.Crash




Crash ataupun perisian yang sedang digunakan terhenti secara tiba-tiba juga boleh dikaitkan dengan virus.

Selalunya ia terjadi disebabkan dua perkara:

  1. Perkakasan komputer tidak serasi digunakan dengan perisian

  2. Serangan virus


4. Aktiviti cakera keras/CPU yang mencurigakan




Buka Task Manager dan lihat aktiviti perisian yang sedang beroperasi.

Sekiranya anda tidak melakukan apa-apa aktiviti tetapi penggunaan cakera keras/CPU menunjukkan tahap tidak normal, sudah pasti virus sedang menjalankan operasinya.

Dan lagi, sekali pastikan perkakasan anda tidak bermasalah kerana selain virus, aktiviti CPU/cakera yang tidak menentu juga disebabkan dari kerosakan fizikal/sistem.

5.Kekurangan ruang memori di dalam cakera keras




Periksalah jika ruangan memori cakera tiba-tiba menhadi penuh ataupun fail anda bertukar nama ataupun hilang.

Terdapat serangan virus yang menyasarkan cakera keras dengan cara memenuhkan ruangan memori dan menyebabkan ia crash.

6. Terdapat pelayar web baru dalam sistem komputer




Pernahkah anda alami situasi dimana ketika membuka pelayar web dan ingin membuat carian, hasil carian terpapar dihalaman yang lain.

Ok untuk senang faham, anda tekan Google Chrome tetapi halaman carian lain pula yang terpapar.

Selain itu, toolbar yang pelik dan menyemakkan mata turut muncul. Hal ini terjadi mungkin disebabkan anda ada tertekan pautan pop-up dan secara automatik perisian hasad dimuat turun kedalam komputer.

Inilah sedikit sebanyak tanda-tanda komputer anda telah diserang virus atau perisian hasad.

Mungkin ada tanda tambahan lain yang anda ingin sampaikan bolehlah kongsikan diruangan komen.

Rujukan: Heimdal Security