#MansuhTouchNGo Mula Penuhi Laman Twitter, "Hentikan Monopoli Pembayaran Yang Menyusahkan Pengguna Jalanraya"

Seperti umum sedia maklum bermula semalam, 5 November 2019, PLUS telah melaksanakan langkah "Tiada Tambah Nilai"di lorong keluar semua lebuhraya kendalian mereka.

Ia dijalankan dengan alasan mahu memastikan kelancaran lalulintas di lorong keluar setiap plaza tol disamping mahu memastikan keselamatan kakitangan perkhidmatan pelanggan yang terdedah dengan risiko kemalangan.



Lanjutan daripada pengumuman itu, ia nampaknya menimbulkan kritikan dan luahan ketidakpuashatian daripada pengguna berikutan pelaksanaan langkah tersebut.

Tanda pagar #MansuhTouchNGo dilihat mula membanjiri laman Twitter dan terdapat juga ciapan yang melabelnya sebagai monopoli.





Sidang Dewan Rakyat juga hari ini turut membangkitkan berkenaan isu yang berlaku dimana Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyatakan bakal menghapuskan caj 10 peratus melibatkan penggunaan Touch 'N Go di kawasan parkir kenderaan dan ia akan dilakukan secara berperingkat.


Berkenaan caj 50 sen yang dicas apabila menambah nilai Touch 'n Go dibeberapa outlet, Timbalan Menteri KPDNHEP menjelaskan ia tidak diterima Touch 'n Go tetapi oleh penyedia perkhidmatan.

Selain itu, pihak PLUS juga telah ditemu ramah oleh Astro Awani bagi memberi peluang pengendali lebuhraya itu memberi peneragan lebih jelas berkenaan langkah penamatan tambah nilai dilorong keluar plaza tol mereka.


Jadi anda sebagai pengguna, apa pandangan anda terhadap isu ini dan apa solusi terbaik untuk menyelesaikannya? Adakah dengan pembayaran tol ditolak terus dari kad debit?