Tampil Lebih 'Jambu' Dengan Vivo V15 Blossom Pink, Mula Dijual 18 Mei Ini

Vivo sedia memeriahkan pasaran peranti pertengahan dalam negara dengan menawarakan model Vivo V15, sebuah peranti lengkap dengan kamera hadapan terangkat.

Membawakan spesifikasi sedikit berlainan dari versi Pro, pada awalnya ia disediakan dalam dua pilihan warna iaitu Topaz Blue serta Glamour Red.



Bagi menambahbaik penawaran sedia ada, Vivo Malaysia tampil memperkenalkan Vivo V15 dengan warna Blossom Pink. Selain kehadiran warna yang menepati citarasa kaum Hawa, edisi terhad ini turut berkolaborasi dengan jenama kosmetik tempatan miliki Dato Sri Siti Nurhaliza, SimplySiti.



Bagi 1000 pembelian terawal Vivo V15 Blossom Pink dari mana-mana kedai konsep Vivo, pembeli bakal menerima baucar SimplySiti bernilai RM50.

Dari segi spesifikasi, ia mengekalkan komponen dalaman yang sama dengan kamera hadapan terangkat 32MP, skrin paparan 6.53 inci, RAM 6GB dengan memori 128GB serta tiga kamera belakang terdiri daripada sensor 12MP+8MP+5MP.



Peranti dengan bateri 4000mAh ini akan dijual pada harga RM1299 dan akan diiringi dengan ganjaran dari SimplySiti bagi pembeli awal. Tarikh mula penjualan adalah 18 Mei ini. Kami di Wiser.my juga akan membuat giveaway Vivo V15 Blossom Pink ini pada esok hari, 15 Mei 2019. Jadi bagi anda yang ingin mencuba nasib, boleh nantikan pengumuman dari kami.