Menguatkan lagi perkhabaran ini adalah dengan pendedahan Vivo V17 sudah menerima pengesahana daripada SIRIM. Ia memberi bayang bahawa pelancaran untuk pasaran tempatan bakal dibuat tidak lama lagi.
Penawaran dari Vivo ini baru sahaja dilancarkan di India semalam dan ia membawakan spesifikasi seperti Snapdragon 675, RAM 8GB, storan 128GB, serta paparan Super AMOLED 6.44 inci.
Menambah keunikan pada peranti ini adalah kuad kamera belakang yang disusun seperti "L". Ia membariskan lensa 48MP+8MP+2MP+2MP. Tidak seperti versi Pro yang menggunakan kamera hadapan terangkat, skrin paparan V17 tampil dengan rekaan punch hole untuk menempatkan sensor 32MP.
V17 dibekalkan bersama bateri berkapisiti 4500 mAh dengan pengecasan 18W melalui port USB-C. Diramal akan hadir pada harga yang berpatutan, sama-sama kita nantikan maklumat selanjutnya daripada Vivo Malaysia.
Berkaitan
- vivo Y91 Mula Dipasarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada 5 Januari Ini
- 5G Dijangka Hadir Ke Malaysia Pada Separuh Kedua 2020
- Qualcomm Snapdragon 712 Dilancarkan, Janji Prestasi Lebih Baik Untuk Peranti Kelas Pertengahan
- Vivo S1 Pro Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 3 Disember Ini
- Malaysia Merupakan Pengguna Tertinggi Aplikasi WhatsApp Dunia
- HONOR Bakal Lancarkan Peranti Tri-Kamera Utama Pertama Mereka Di Malaysia Tidak Lama Lagi
- MyRepublic GAMER Arena Buka Penyertaan Kepada Gamers Malaysia, Indonesia Dan Thailand
- Spesifikasi Penuh vivo iQOO Tersenarai Di TENAA, Bakal Diperkenalkan Pada 1 Mac
- Giliran OPPO Reno 10X Zoom Pula Mendarat Di Malaysia Pada 27 Mei Ini
- Vivo Malaysia Beri Gambaran V15 & Vivo V15 Pro Bakal Tiba Ke Pasaran Tempatan Bulan Ini