Aplikasi yang membolehkan arahan tertentu dilaksanakan dari penjuru skrin monitor komputer.
Jika anda ingin menambahkan lagi ciri baru di dalam sistem komputer Windows 10 anda, apa kata anda mencuba sebuah aplikasi yang bernama HotCorners.
Aplikasi ini akan memberikan anda capaian fungsi-fungsi yang ditetapkan apabila setiap kali anda menghalakan penunjuk tetikus di setiap penjuru skrin monitor komputer anda.
Terdapat sehingga 10 pilihan tetapan bagi setiap penjuru skrin monitor. Anda juga boleh menetapkan aplikasi tertentu untuk diaktifkan hanya menerusi penjuru skrin.
Sebagai contoh, menerusi tetapan pada aplikasi ini anda boleh melaksanakan arahan mematikan sistem windows atau mendiamkan audio.
Bagi membolehkan aplikasi ini digunakan pada sistem Windows 10, pastikan juga perisian Java telah dipasang di dalam komputer anda.
Aplikasi HotCorners untuk Windows 10 boleh dimuat turun secara percuma dari laman SourceForge.
Berkaitan
- Apple Melancarkan Program Penggantian Percuma Smart Battery Case iPhone
- Terdapat Isu Teknikal Pada Sistem Janji Temu Vaksin Di Aplikasi MySejahtera
- Ini Adalah Siri Redmi Note 10 Pertama Yang Terima Penarafan IP68
- Cepat Dapatkan 2 Judul Permainan Ini Secara Percuma Untuk Masa Terhad
- 6 Negara Ini Tidak Membenarkan Rakyatnya Menggunakan Aplikasi WhatsApp
- Untuk Masa Terhad, Epic Games Tawar 'Game' Pengembaraan Berharga RM31 Ini Secara Percuma
- Apple Membuang Aplikasi Intip, Like Patrol Dari App Store
- Anda Kini Boleh Tempah EV Edaran Proton Ini Dari Aplikasi Telefon Pintar
- Lebih Ramai B40 Akan Terima Dekoder Percuma Dari Kerajaan
- BNM Beri Amaran, Hati-Hati Dengan Aplikasi Pelancongan Palsu