Tambah Nilai U Mobile RM10 Guna TnG E-Wallet, Anda Berpeluang Menang Samsung S10e

Ini adalah kelebihan buat pengguna U Mobile yang menggunakan khidmat e-dompet Touch 'n Go kerana kini anda boleh memenangi hadiah menarik dengan kempen yang sedang mereka jalankan. Tempoh kempen sudah pun bermula sejak 1 Oktober dan akan berakhir pada 31 Disember 2019.

Semua pelanggan U Mobile yang aktif boleh menambah nilai kredit sekurang-kurangnya RM10 melalui akaun e-dompet Touch 'n Go ("TOPUP") mereka dan layak untuk menyertai kempen ini.



Pemenang hadiah bulanan akan dipilih berdasarkan nilai kumulatif tertinggi tambah nilai yang mereka lakukan bagi setiap bulan tersebut. Semua hadiah bulanan tersebut tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai atau barangan lain.

Pemenang hadiah mingguan pula akan dipilih secara rawak oleh program yang dikendalikan oleh sistem komputer. Mereka akan menerima 100% cash back daripada tambah nilai masing-masing pada minggu berkenaan.

Hadiah-hadiah yang akan dimenangi 

  • Tempat Pertama : 3x Samsung S10e (bulanan)

  • Tempat Kedua : 3x Samsung Galaxy Watch (bulanan)


 

Setiap peserta hanya layak memenangi SATU (1) hadiah sahaja sepanjang tempoh kempen ini berlangsung.

Semua nama pemenang dan nombor telefon mereka (3 digit pertama dan terakhir) akan dipaparkan di laman web rasmi U Mobile dan laman Facebook rasmi Touch 'n Go Digital (TNGD) atau sebarang kaedah komunikasi lain yang dianggap sesuai oleh mereka.

Untuk dapatkan lebih maklumat tentang kempen ini, boleh baca terma dan syarat selanjutnya di tngdigital.com.my