Tambah Nilai Touch 'n Go E-Wallet Melalui Kad Debit Dan Kredit Alami Masalah Teknikal

Perkhidmatan Touch n' Go e-Wallet sedia ditawarkan oleh TnG Digitalbagi memudahkan pengguna membuat transaksi tanpa tunai. Namun, ketika ini proses tambah nilai e-dompet tersebut melalui kad debit atau debit atau perbankan dalam talian sedang mengalami masalah teknikal.

Menerusi pemberitahuan pada laman Facebook, pihak pengendali itu memohon maaf diatas isu yang sedang berlaku kepada pengguna. Hal ini berlaku oleh peningkatan trafik bayaran lanjutan daripada promosi jualan besar-besaran yang dijalankan hari ini.



Selain daripada masalah tambah nilai menerusi kad debit/kredit serta perbankan dalam talian, pengguna juga mengalami masalah kelewatan OTP. Pihak pengendali juga menyarankan pengguna menambah nilai menggunakan PIN.

Bagi pengguna yang menghadapi masalah dan mahu mendapatkan bantuan boleh menghubungi talian 03-5022 388.

Sumber: Touch 'n Go eWallet