Tambah Nilai Prabayar Dikecualikan Cukai SST, Berkuatkuasa 6 September 2018

Tempoh hari, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, ada menjawab isu tambah nilai prabayar yang dikenakan cukai SST, sedang berada dalam pemerhatian kementeriannya.

Terkini, mengutip laporan dari Berita Harian Online, arahan pengecualian cukai SST keatas servis prabayar telah dikeluarkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Menurut laporan itu, pengecualian akan dilaksana berdasarkan Seksyen 34(3)(a) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dan ia akan mula dikuatkuasakan pada 6 September 2018.

Dengan pengecualian ini, para pengguna akan menerima nilai prabayar yang sama seperti apa yang dibayar mereka.

Sumber: Berita Harian Online