Talian Khidmat Pelanggan SKMM Sudah Kembali Beroperasi Seperti Biasa

Sebelum ini telah dilaporkan bahawa Talian Khidmat Pelanggan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) digantung buat sementara waktu bermula 11 Januari 2021 lalu.

Ia turut melibatkan kaunter aduan di semua pejabat SKMM.

Walaubagaimanapun kini SKMM memaklumkan bahawa Talian Khidmat Pelanggan 1800 188 030 mereka sudah kembali beroperasi seperti biasa bermula 25 Januari 2021.

Waktu operasi Talian Khidmat Pelanggan SKMM adalah dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Bagi yang belum sedia maklum, selain menerusi panggilan telefon anda juga boleh menyalurkan aduan anda menerusi portal aduan SKMM (https://aduan.skmm.gov.my) atau melalui e-mel ([email protected]).

Atau anda juga boleh menyalurkan aduan terus kepada pihak SKMM melalui platfom WhatsApp di nombor 016-2206262.

Sumber: SKMM