Takuk Merimaskan Anda? Pengguna iPhone Miliki Pandangan Berbeza

Ramai daripada kita berasa jengkel dengan kehadiran takuk pada paparan skrin peranti. Namun, lain pula ceritanya bagi pengguna iPhone. Ini kerana hasil dari kajian yang dibuat oleh USA Today baru-baru ini menunjukkan hanya 10% daripada responden yang mahukan rekaan takuk ini dibawa keluar dari model iPhone di masa hadapan.



Kaji selidik yang disertai oleh 1,665 orang dewasa ini menandakan 75% daripada mereka mahukan bateri yang lebih tahan lama untuk peranti iPhone. Ianya nampak relevan kerana bateri iPhone yang ada kini agak sukar untuk bertahan selama satu hari. 

Perkara kedua yang paling dimahukan oleh pengguna iPhone(66%) ialah gelas skrin yang lebih kukuh. Mereka mendakwa gelas skrin yang digunakan hari ini mudah retak dan lebih teruk lagi, kos gantian panel skrin adalah agak mahal.



Sokongan simpanan tambahan pula menjadi pilihan 44% daripada responden yang terlibat. Perkara ini tidak disediakan oleh Apple dan menjadi salah satu kekurangan mereka berbanding pesaing-pesaing lain.

Menyempurnakan senarai pembaharuan yang dimahukan oleh pemilik iPhone ialah sokongan bicu audia dikembalikan(37%), penggunaan USB Type-C bagi menggantikan Lightning(29%), FaceID yang lebih baik(19%) dan refresh rate yang lebih pantas(18%).



Apple dijadualkan akan merasmikan peranti iPhone terbaru mereka pada 12 September ini. Mungkinkah ada luahan daripada pengguna iPhone dalam kaji selidik ini akan yang didengari oleh pihak Apple? Sama-sama kita nantikan.

 

Sumber