Takuk? Di Mana Pendirian Anda Mengenai Tema Rekaan Peranti Tahun Ini?

Seperti anda sedia maklum, hampir kesemua peranti yang sudah dilancarkan untuk tahun ini menyertakan rekaan takuk ke dalam skrin paparan mereka. Jika melihat peranti yang akan keluar selepas ini, trend tersebut nampaknya tidak akan terhenti di sini.

Peranti Essential yang direka oleh pengasas Android, Andy Rubin yang pertama kali memperkenalkan takuk di dalam telefon pintar mereka dan iPhone X secara rasmi mempopularkan rekaan skrin paparan tersebut. Galaxy S9 dan S9+ sebagai kes berkecuali, hampir kesemua peranti utama telah mengenakan dan akan mengenakan rekaan ini dengan alasan dapat memberikan lebih skrin paparan kepada pengguna.



Tidak dipastikan pula sampai bila Samsung masih akan meneruskan rekaan tanpa takuk sekiranya semua pengeluar lain terus menggunakan rekaan ini. Atau mereka mungkin memperbaiki rekaan telefon lipat yang digembar-gemburkan sebelum ini?



Jadi apa pendapat anda tentang rekaan skrin paparan dengan takuk? Nyatakan pendirian anda

[yop_poll id="4" show_results="1"]