Takpayah Pandang S20, Galaxy S10 Lite Dah Cukup

Siri S20 baru sahaja dilancarkan, menenggelamkan peranti flagship bajet mereka, Galaxy S10 Lite.

Satu peranti dari Samsung yang membawakan penambahan dalam siri S10 yang sudah hampir satu tahun dengan rekaan yang lebih segar, tetapan kamera berbeza, skrin lebih besar, bateri lebih tahan lama dan yang pastinya dengan cip Snapdragon 855.

Adakah anda perlu untuk memiliki Galaxy S20 sedangkan Galaxy S10 Lite boleh didapati dengan harga lebih murah? Ia juga dilihat sebagai strategi Samsung untuk mengawal kelompok flagship mampu milik bersama pesaing rapat OnePlus 7T dan realme X2 Pro.

Boleh didapati pada harga RM2,699.

https://www.youtube.com/watch?v=AFOuR5xcUhs