Pada bulan Oktober lalu, Apple telah memperkenalkan MacBook Pro dengan cip M1 Max/Pro yang ditujukan untuk golongan professional dan pengguna yang dahagakan kuasa.
Kini tak sampai 2 bulan bertapak di pasaran, MacBook Pro kini menerima dilaporkan mempunyai masalah dari segi kad SD yang tak berfungsi sebetulnya.
Secara spesifik, masalah yang terlibat adalah:
- Kad SD crash dan tidak boleh diakses
- Kelajuan pemindahan data kad SD yang perlahan
- Kad SD mengambil masa lama untuk diakses
Ada pengguna yang memformatkan kad SD mereka, namun tetap masalah ini tidak selesai.
Disebabkan slot kad SD yang bermasalah ini, solusi mereka adalah menggunakan pembaca kad SD melalui USB-C. Yang mana perkara ini tiada bezanya dengan membeli MacBook biasa, bukan model Pro. Kewujudan slot kad SD adalah antara sebab utama kenapa pengguna mahu memiliki MacBook Pro.
Pada masa yang sama, pihak Apple mengatakan mereka akan membaikpulih isu ini melalui kemaskini perisian. Tetapi apa yang belum jelas setakat ini adakah ia masalah perisian atau masalah perkakas disebabkan ada pengguna lain yang mengalami masalah ini telah mendapat MacBook Pro baharu dan isunya tidak lagi berulang.