Tak Boleh Main PUBG? Aplikasi Itu Sedang Dikemaskini, Bakal Menampilkan Peta Baru

Bermula jam 8 pagi tadi dan bakal berakhir pada jam 4 petang ini, permainan PUBG Mobile tidak boleh dimainkan.

Ia bagi memberi ruang kepada pembangun mengemaskini aplikasi tersebut.

Kemaskini tersebut dijadualkan mula ditawarkan di Play Store dan App Store pada  esok, 12 September.

Menariknya, bagi yang mengemaskini aplikasi sebelum 21 September, pemain bakal mendapatkan Kotak Pakaian III dan juga 1888 BP.

Ia turut menampilkan peta baru iaitu Sanhok disamping beberapa barangan baru seperti Flare Gun, QBZ, kenderaan kalis peluru UAZ dan Muscle Car.