Ikuti kami di media sosial

Berita

Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Labuhkan Tirai, 3 Pasukan Bawa Pulang RM10,000

Anis Adrina

Ditulis

pada

Penganjuran Taiwan Excellence Esports Cup 2019 (TEEC) untuk tahun ke-2 telah melabuhkan tirainya di Berjaya Times Square baru-baru ini yang memperlihatkan tiga juara Malaysia telah berjaya mengharumkan nama negara apabila dinobatkan sebagai pemenang.

Seramai 30,000 penonton turut menyaksikan acara Grand Finale ini secara online sepanjang ia berlangsung selama tiga hari. Lebih 283 pasukan berdaftar dan kira-kira 1,415 peserta-peserta telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini.

Keupayaan kejohanan ini untuk mampu menarik bilangan penyertaan yang begitu banyak adalah disebabkan sokongan kuat daripada jenama-jenama e-sukan yang unggul termasuk Aero, Aorus, CoolerMaster, InWin, MSI, Predator, Republik of Gamers (ROG), TeamGroup, Thermaltake, Transcend, XPG, ZADAK, dan Zowie.

-- Iklan --

Perjalanan semua gamers sudah bermula sejak bulan April tahun ini dengan pertandingan tanpa henti melalui beberapa peringkat untuk menempatkan mereka di Grand Finale tersebut.

Juara-juara Malaysia tersebut telah bertanding dalam tiga kategori gaming utama, iaitu CS: GO, DotA 2 dan League of Legends (LoL), dengan setiap pasukan berjaya membawa pulang RM10,000.

“Melalui kejohanan ini, kami menyaksikan peluang hebat yang bukan sahaja membenarkan kami untuk bersaing tetapi juga mendapat pengalaman penting yang hanya boleh didapati di kejohanan yang diadakan di luar negara. Kami benar-benar menikmati masa kami di pertandingan ini”, kata jurulatih pemenang kategori CS: GO untuk pasukan Frostfire, Andrew “bali” Joseph.

Pasukan Frotsfire akan meneruskan destinasi mereka yang seterusnya ke Taiwan untuk mengambil bahagian dalam perlawanan persahabatan, di mana semua perbelanjaan mereka akan ditajai. Di sana, mereka akan bersaing dengan juara-juara dari Taiwan, Thailand, India dan Filipina untuk hadiah utama bernilai US$ 2,000.

Senarai pemenang acara utama dan hadiah-hadiah yang dimenangi di TEEC 2019:

  • CSGO:
    Pasukan pemenang: FrostFire (RM10,000)
    Tempat kedua: Orange Esports. Chymera (RM5000)
    Tempat ketiga: Geek Fam (RM3000)
  • Dota 2:
    Pasukan pemenang : Flower Gaming (RM10,000)
    Tempat kedua: Dota Hero (RM5000)
    Tempat ketiga: Never Win Before (RM3000)
  • LoL:
    Pasukan pemenang : Pepega (RM10,000)
    Tempat kedua: 5 Blademasters (RM5000)
    Tempat ketiga: Team bob (RM3000)

Teruskan Bacaan
Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular