Taip BFF Di Ruangan Komen Facebook Tidak Membuktikan Apa-Apa

Sosial media telah memberikan pelbagai impak kepada masyarakat kita pada hari ini. Sosial media seperti Facebook dan Twitter juga menjadi tempat orang ramai mendapatkan berita-berita terkini mengenai orang sekeliling mereka.

Malangnya, terdapat beberapa organisasi dan individu yang menggunakan saluran ini untuk memanipulasi masyarakat setempat dengan berita-berita tidak benar. Kontroversi Cambridge Analytica yang melanda media sosial Facebook menjadi bukti yang sosial media boleh dijadikan alat untuk kepentingan peribadi.

Ada khabar angin juga mengatakan jika seseorang menaip perkataan 'Bff' boleh mendedahkan tentang tahap keselamatan akaun Facebook mereka. Contoh yang dapat dilihat adalah:

Mark Zuckerberg, CEO of Facebook, invented the word BFF. To make sure your account is safe on Facebook, type BFF in a comment. If it appears green, your account is protected. If it does not appear green, change your password immediately because it will be hacked.

#Mark Zuckerberg
Facebook inventor
Make sure you do not think about your page or account
Type Bff in a comment
If it appears green, your account is protected and if it appears normal, you must change the password. Try it

Ternyata perkara ini tidak benar kerana bukan semudah itu untuk seseorang memastikan keselamatan akaun mereka dengan menaip 1 patah perkataan sebaliknya perkataan 'Bff' telah dipilih sebagai perkataan istimewa oleh Facebook yang akan menujukkan animasi apabila disentuh di dalam ruang komen. 'Bff' adalah perkataan singkat untuk perkataan Best friend forever. Perkataan istimewa lain yang dipilih adalah seperti 'congrats' (Congratulations)

Berkaitan