Hampir kesemua platfom media sosial kini memaparkarkan iklan-iklan di dalamnya. Tetapi tahukah anda platfom sosial manakah yang paling banyak memaparkan iklan di dalamnya?

Menurut penyelidikan yang dijalankan oleh WhistleOut, Facebook dan Instagram merupakan laman media sosial yang paling banyak sekali memaparkan iklan kepada penggunanya.

Masing-masing memaparkan sebanyak 21.2% dan 20.6% iklan di dalam platfom mereka.

Ia diikuti oleh Linkedin (19.6%) dan Twitter (14.2%). Sementara aplikasi kontroversi iaitu TikTok pula didapati hanya memaparkan sebanyak 2.4% iklan sahaja di dalam platfom mereka.

IKLAN

Malah menurut WhistleOut, pada waktu puncak didapati iklan-iklan yang dipaparkan dalam Facebook, Instagram dan Twitter mencecah sehingga 42% daripada jumlah kandungan yang diterima penggunanya.

Facebook, Instagram, and Twitter all tied for peak ad saturation—with some feeds in our analysis consisting of as much as 42% paid posts, or more than four ads for every 10 posts.” WhistleOut.