Microsoft Memiliki Peranti Skrin Penuh Sejak 2014 Lagi! Tetapi Tidak Dipasarkan

Semenjak tahun lepas kita dapat saksikan inovasi rekaan nirbingkai atau skrin penuh semakin menjadi trend syarikat pembuat telefon pintar. Masing-masing mahu mengetengahkan rekaan yang boleh kami katakan, kalau tak nirbingkai, fon tu tak worthy of a flagship di mata pengguna.

Tetapi tahukah anda sebenarnya Microsoft sudah mempunyai rekaan nirbingkai semenjak tahun 2014 lagi. Mereka memberi nama kod "Vela" sewaktu pembinaannya.



Menurut Zac Bowden, seorang penulis di Windows Central, pada mulanya, Microdoft mahu menjadikan Lumia 435 peranti pertama dengan rekaan nirbingkai, namun atas sebab yang tidak dapat dikenalpasti, peranti tersebut dibatalkan dan digantikkan dengan Nokia Lumia 435.



Tetapi sayangnya, Nokia Lumia 435 tidak dikekalkan dengan rekaan skrin penuh dan menjadi antara peranti yang boleh kami katakan gagal dipasaran dek kerana spesfikasi yang lemah dan perisian yang tidak menepati citarasa pengguna.



Walaupun telefon "Vela" yang tak dilancarkan tersebut tidak mempunyai spesifikasi yang tinggi, (Qualcomm Snapdragon 200, kamera 5MP), namun Microsoft dilihat terlepas peluang keemasan untuk meletakkan nama mereka sebagai jenama pertama yang membawakan rekaan nirbingkai.

Malah, pada harga bawah RM 800 pada ketika itu, ianya dilihat sebagai peranti yang mungkin melonjak naik nama Microsoft dan Nokia terutamanya.

Strategi salah dari Microsoft dan Nokia.

sumber