Tahukah Anda Fon Apa Paling Laris Di China Untuk 2017?

Kita semua tahu China merupakan negara pengeluar telefon pintar terbesar di dunia. Antaranya adalah Xiaomi, Meizu, OnePlus, Oppo, Honor, Huawei, dan banyak lagi nama lain.

Tapi tahukah anda mana satu daripada jenama yang disenaraikan ini mendapat tempat pertama di negara kelahiran mereka?

Menurut kajian yang dilakukan oleh firma Counterpoint, kebanyakkan telefon pintar dari China mengakhiri tahun 2017 dengan peningkataan yang tidak ketara berbanding tahun sebelumnya walaupun kebanyakkan pengeluar menggetengahkan rekaan nir-bingkai yang dikatakan satu tren besar tahun lepas.



Agak mengejutkan untuk melihat tiada langsung peranti Huawei yang tersenarai dalam model paling laris di negara sendiri.

OPPO R9s mendapat tempat pertama dengan 3% bahagian pasaran saham, dan kita boleh lihat melalui gambar di atas, persaingan adalah sengit antara 6 model terlaris.

Yang menariknya, hanya iPhone 7 yang menjadi pengeluar bukan negara China mendapat tempat dalam ranking di atas dengan 2.4% bahagian pasaran saham di China.

Sumber: counterpointresearch.com