Tahu Bezakan E-Mel Palsu Atau Sah? Cuba Kuiz Ini

Masalah e-mel palsu berbentuk phising yang digunakan untuk memancing data sudah menular sekian lama. Ia digunakan pengodam untuk memancing data sensitif seperti kata laluan, dan informasi penting yang lain.

Menurut laporan Ancaman Keselamatan Internet 2018 oleh Symantec, secara purata, seorang pengguna menerima lebih kurang 16 emel berniat jahat dalam sebulan.

E-mel yang memancing data sensitif ini semakin lama semakin sukar dibezakan dan untuk itu, Jigsaw, (sebelum ini dikenali sebagai Google Ideas dan kini merupakan anak syarikat kepada Alphabet Inc) telah memperkenalkan satu kuiz.

Kuiz itu menguji kemampuan anda dalam membezakan sama ada emel palsu yang bertujuan untuk memancing data ataupun emel yang sah.

Ia meliputi teknik terkini yang digunakan penyerang dan kuiz tersebut akan menunjukkan cara untuk kenal pasti emel phising.

Sebelum memulakan kuiz, anda diminta untuk mengisi nama serta emel. Ia menyatakan informasi ini tidak akan dikutip, tetapi jika anda masih was-was, boleh saja letakkan nama dan emel palsu.



Cuba kuiz disini.