Tahniah Ejen Ali Kerana Disenarai Pendek Untuk Anugerah Antarabangsa

Filem terbitan Primeworks Studios dan WAU Animation 'Ejen Ali The Movie' telah terpilih untuk disenarai masuk ke dalam 16 karya yang bakal bertanding untuk kategori Filem Animasi Terbaik Festival Filem Cartoons on the Bay Anugerah Pulcinella ke-24.

Festival itu dijadualkan berlangsung di Pescara, Itali dari 3 hingga 5 Disember 2020.

Ia dimaklumkan dalam satu kenyataan di laman rasmi Facebook Ejen Ali

"Kami berbesar hati untuk mengumumkan pencalonan Ejen Ali The Movie untuk Anugerah Filem Animasi Terbaik di festival Cartoons on the Bay - Pulcinella Awards 2020, di Pescara, Itali!

Bermula 3 hingga 5 Disember ini, kami berasa bangga kerana diberi peluang untuk bertanding di kalangan 15 filem animasi terbaik dari serata dunia!"

Pada hari yang sama juga, Ejen Ali mengumumkan bahawa Filem Ejen Ali The Movie dipilih sebagai wakil Pilihan Rasmi - Malaysia untuk dibawa ke Festival Filem ASEAN 2020 yang akan berlangsung di Vietnam.



Tahniah Ejen!

Berkaitan