TAG Heuer Akan Mengeluarkan Peranti Jam Pintar Pada 14 March

TAG Heuer dijangka akan mengeluarkan model Android Wear terbaru dalam bulan May tetapi khabar angin mengatakan mereka mungkin akan mengumumkan sesuatu lebih awal daripada itu.
Pembuat jam tangan dari Switzerland itu di dalam aplikasi twitter mereka memberitahu mekeka akan menampilkan sesuatu pada 14 March ini.

Di dalam post tersebut dapat dilihat serba sedikit gambaran jam pintar mereka yang mungkin akan menjadi peranti Android Wear. Tiada pengumuman rasmi lagi mengenai spesifikasi atau fungsi jam tersebut tetapi kita mungkin dapat melihat reka bentuk modular yang membolehkan jam tersebut utk menukar muka jam kepada muka mekanikal untuk kegunaan formal.

Pada masa ini masa ini semuanya masih di dalam khabar angin namun satu yang pasti, jam tersebut pastinya dijual pada harga yang agak tinggi. Mungkin lebih mahal dari TAG Heuer Connected yang berharga RM42,000. Jam mewah Switzerland la katakan.

Pengumuman ini merupakan berita baik kepada peminat TAG Heuer. Kami pon teringin memiliki jam mewah ini.

Sumber