Tablet Dengan Rangkaian 5G, Huawei MatePad Pro 5G Dijual Berharga RM3299 Di Malaysia

Huawei Malaysia kini telah mula menjual tablet terkini mereka yang dilengkapi dengan rangkaian 5G, Huawei MatePad Pro 5G Di Malaysia. Ia berharga RM3,299 dan boleh dipra-tempah mulai 26 Jun 2020 ini.



Hanya terdapat satu varian warna sahaja yang ditawarkan buat masa ini iaitu Forest Green. Bersama-sama dengan pembelian, anda akan mendapat langganan percuma Huawei Video selama 3 bulan serta storan awan Huawei Cloud 50GB untuk 12 bulan.

Aksesori tambahan seperti Smart Magnetic Keyboard dan M-Pencil adalah dijual berasingan, masing-masing RM499 dan RM299. Namun anda boleh mendapatkan M-Pencil secara percuma jika membeli Smart Magnetic Keyboard tersebut.

Mengimbas kembali, Huawei MatePad Pro 5G hadir dengan paparan 2K QHD (2560x1600) dalam panel IPS. Ia dijana cip Kirin 990 5G, 8GB RAM serta storan dalaman bersaiz 256GB.

Selain rangkaian 5G, tablet turut dilengkapi dengan 4 pembesar suara dari Harman Kardon, bateri sebesar 7,250mAh menyokong pengecasan pantas 40W Huawei Supercharge serta tanpa wayar 27W. Seperti kebiasaan, tablet ini hadir dengan sokongan HMS sepertimana peranti-peranti Huawei lain.

Walaupun diakui rangkaian 5G masih dikatakan 'tiada' dalam Malaysia, tablet ini diposisikan sebagai tablet pertama dengan rangkaian 5G. Jadi jika 5G telah mula dikomersilkan kelak, rangkaian tersebut boleh mula digunakan secara terus.

Untuk anda yang mahukan tablet ini dengan harga sedikit rendah, namun tiada 5G, anda boleh membeli Huawei MatePad Pro yang berharga RM2,399.

Beli Huawei MatePad Pro 5G di:
Lazada: https://invol.co/clpdw6

Berkaitan