Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
luno

Syarikat Tukaran Aset Digital Luno Mendapat Kelulusan Daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Diterbitkan Oktober 24, 2019 ยท Dikemas kini Oktober 24, 2019 oleh Meor Hasyim

Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia telah memberikan kelulusan penuh kepada permohonan Luno untuk beroperasi sebagai Pengendali Pasaran yang Diiktiraf (RMO).

Luno adalah pertukaran mata wang kripto pertama di Malaysia untuk menerima kelulusan ini. SC telah mengesahkan bahawa Luno telah memenuhi semua syarat yang diperlukan dan kini boleh menawarkan peluang kepada rakyat Malaysia untuk membeli, menjual dan menyimpan mata wang kripto di platformnya.

David Low, Pengurus Besar Luno Asia Tenggara berkata penyeliaan syarikat mata wang kripto untuk beroperasi di sesebuah negara adalah penting untuk meningkatkan kepercayaan pengguna, menapis dari syarikat lain yang tidak diiktiraf dan membentuk asas untuk menyelaraskan pelan jalan masa hadapan supaya institusi kewangan untuk masuk ke dalam ekosistem kripto.

Ini juga dapat memastikan perniagaan mata wang kripto yang diluluskan mempunyai piawaian yang mencukupi untuk melindungi pelanggan dan dana mereka.

Luno 1

Luno membolehkan perdagangan Bitcoin dan Ethereum pada platformnya. Ibu pejabatnya terletak di London dengan hab serantau di Singapura dan Cape Town. Luno kini mempunyai lebih daripada 370 pekerja yang tersebar di London, Cape Town, Singapura dan Kuala Lumpur.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY