Syarikat Telekomunikasi, TM Dan TIME Usaha Untuk Tingkatkan Kelajuan Internet Semasa PKP

Disebabkan permintaan internet yang semakin meningkat ketika perintah kawalan pergerakan (PKP), kesemua syarikat telekomunikasi dan juga pembekal servis internet (ISP) bekerja keras untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia.

Menurut MCMC antara langkah yang telah diambil oleh syarikat telekomunikasi sebelum ini termasuklah menambah kapasiti jalur lebar internet dan juga mengoptimasikan liputan rangkaiannya.

Terdapat peningkatan sebanyak 23.5% jika dibandingkan antara seminggu sebelum PKP (9-15 Mac) dan seminggu selepasnya (16-22 Mac). Sebelum ini juga telah diumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang membekalkan sebanyak RM400 Juta kepada syarikat telekomunikasi untuk tujuan penaik tarafan rangkaian.

Antara pihak lain yang turut membantu syarikat telekomunikasi dalam memenuhi kapasiti fiber adalah TM dan juga TIME. Tambahan lagi, pasukan naiktaraf bekerja 24/7 sehari ketika PKP semata-mata untuk menyelenggara tapak, naiktaraf kapasiti, optimasi rangkaian, dan meningkatkan kawasan liputan.

 

 

Berkaitan