Syarikat Telefon Mewah Vertu Henti Operasi Pengeluaran Akibat Masalah Kewangan

Pernah dengar telefon berjenama Vertu?

Bagi anda yang tidak pernah dengar, ia bukanlah telefon biasa yang anda boleh "pecah tabung" untuk membelinya.

Bukan setakat pecah tabung, jual organ pun belum tentu dapat memiliki telefon Vertu ini.

Vertu merupakan sebuah syarikat pengeluar telefon mewah yang dahulunya merupakan sebahagian daripada syarikat gergasi Nokia. Ia kini dimiliki oleh jutawan dari Turki, Murat Hakan Uzan setelah ia beberapa kali bertukar pemilik.

Walaupun menjual telefon dengan nilai hampir mencecah RM 1.5 juta, syarikat ini nampaknya tidak mampu bertahan lagi kerana usaha untuk menyelamatkan masalah kewangan telah gagal.

Syarikat terbabit dilaporkan terpaksa menutup operasi pengeluaran yang bertempat di UK dan ia bakal menyebabkan lebih kurang 200 orang pekerja hilang mata pencarian.

Uzan selaku pemilik ingin membayar sebanyak £1.9juta tetapi ditolak Mahkamah Tinggi berikutan angka sebenar hutang mencecah £128 juta.

Sumber: The Telegraph