Berdasarkan pengumuman oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, syarikat produksi yang ingin menjalani penggambaran akan dibenarkan beroperasi bermula 10 Jun ini.

Bagi memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) krew dan pelakon, setiap produksi yang ingin menjalani penggambaran perlu melantik seorang penyelia keselamatan khusus.

Ismail Sabri berkata, tiada ujian swab yang perlu dijalankan bagi pelakon dan krew syarikat yang berkenaan. Ujian tersebut hanya perlu dijalankan apabila timbul isu positif Covid-19 di kawasan terlibat.

syarikat produksi

IKLAN

“Bagaimanapun, demi keselamatan mereka, ujian swab secara sukarela untuk krew dan pelakon, kita alu-alukan,” katanya melalui sidang media harian perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pada hari ini.

Dalam pada itu, kerajaan turut menetapkan SOP khusus bagi pendandan rambut yang mewajibkan mereka memakai pelindung muka dan sarung tangan. Peralatan dandanan yang digunakan juga perlu khusus untuk setiap individu. Ia bertujuan untuk mengelakkan percampuran daripada segi alatan persolekan.

Sumber: BERNAMA